Wednesday, December 16, 2009

CINTA VS CITA2

setiap insan menginginkan cinta,,namun begitu, mereka juga mempunyai cita2 yg harus direalisasikan.Tidak salah jika bercinta mengikut batas yg ditetapkan.Namun begitu, adakah cinta @ cita2 yg harus diutamakan??..setiap insan pasti akan keliru utk memilih antara 2 perkara yg dianggap penting begini.

Banyak org bercinta kerana ingin membahagikan kasih sayang kpd insan lain. Banyak org juga bercinta kerana merasakan diri mereka sudah layak bergelar pasangan sejoli. Namun begitu, apakah fungsi cinta sebenarnya??..cinta menjadi pengikat kasih kepada 2 insan yg saling memerlukan.Dengan cinta juga, maka akan lahirlah sebuah keluarga yg bahagia.

Bagaimana pula dengan cita2??..banyak org yg membuang cita2 kerana cinta.Banyak org juga yg membuang cinta kerana cita2.Insan yg mementingkan pendidikan dan mempunyai prinsip teguh pasti akan mengutamakan cita2.Hal ini demikian kerana mereka sentiasa mempunyai pandangan yg positif utk terus maju dan bersaing dgn dunia luar. Cinta dpt dikejar jika sudah pergi, dan jodoh itu tidak ke mana2 jika sudah ditakdirkan. Walau bagaimanapun,adakah cita2 akan sentiasa menunggu kita dgn cinta??..jwpannya tidak bukan??..


Hargailah masa skrng utk mencapai cita2 yg diidamkan kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu sesiapa.Gapailah cita2 utk mencapai cinta yang akan datang,,sesungguhnya cita2 boleh digunakan utk mencari cinta tetapi cinta tidak semestinya berjaya menggapai cita2..


untuk menyelami cinta dan cita2.. anggap dahulu cinta itu derita dan
cita2 itu cahaya, sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita2,,
dan sebelum mengenal cinta.kenallah dahulu erti cita2.


perginya masa & cita2 tak mungkin dapat dipanggil semula.........