Wednesday, March 4, 2009

Apam Tepung Gandum

Hi kengkawan & para ibu2 yang selalu cbuk.. ha cuba resipi ni .. aku ciluk dr web sit e yg aku x ingat kat mana... dah lama jugak ...ini mmg senang gilos.. cuba jgn x cuba.. selalu aku buat bila hari minggu... hujung bulan... time brg dapur dah kurang then idea pun dah kering + malas terlampau nak pi beli sarapan:::::

Apam Tepung Gandum

Bahan-bahan:
450 gm tepung gandum
1/2 cawan gula
6 gm ibu roti (yis segera)
3 1/2 cawan air

Cara membuatnya :
1. Kisar air dan tepung gandum dalam blender hingga hancur.
2. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan ibu roti dan kacau hingga larut. Tuangkan dalam acuan bulat 8 inci.Peramkan adunan 1 jam.
4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Masukkan apam dan tutup. Kukus 30 -40 minit hingga masak.
Nota : Apam ini boleh dinikmati bersama kelapa parut dan digaul bersama sedikit garam.
Untuk mempercepat keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan 1/4 cawan air suam. Yis yang elok akan naik dan berbuih dipermukaan atasnya.